Monday, February 16, 2009

Nyala Pelita Ini

Nyala bahasa pelita ini
di ruang damai rumah pusaka
sekian zaman terpasak di laman keperibadian menjadi denyut sinar
menyuluh rentak fiktah para penghuni.

Nyala bahasa pelita ini
sesiapa pun datang menghampiri
ingin merasai panasa mesra bicaramu
liuk pesona cahaya peradaban
di atas lantai budaya berakal budi.

Sumbu perlembagaan pastikan dijaga
minyak kedaulatan pastikan penuh
agar nyala pelita ini
terus menyinar selamanya
di ruang damai rumah pusaka ini.

Tanpa engkau sedari
telah sekian waktu nyala pelita ini
melampias ke luar jendela
keindahannya mengasyik
ingin didekati
ingin dinikmati.

Zaulkifli Baharun
(Pelita Bahasa, DBP, Nov 2008)

HMT 504 : SINTAKSIS DAN MORFOLOGI LANJUTAN (Tugasan)

SENARAI NAMA TEMPAT RADIUS 5 -10 KM DARI TEMPAT TINGGAL (No. 1, Jalan Alma Jaya 3, Taman Alma Jaya, 14000 Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang)


NAMA TEMPAT
1.
ALMA
2.
BKT. TENGAH
3.
BUKIT MERTAJAM
4.
BUKIT TENGAH
5.
CERUK TUK KUN RELICS
6.
CHEROK TUK KUN
7.
JALAN ALMA
8.
JALAN ALMA JAYA 3
9.
JALAN CHE BEE NOOR
10.
JALAN PERNIAGAAN
11.
JLN. KOTA PERMAI
12.
KG. JANGGUS
13.
KG. MANGGIS
14.
KG. PISANG
15.
KG. TANAH LIAT
16.
KG. TELOK
17.
KG. TELOK BUKIT
18.
KULIM
19.
LORONG ALMA JAYA 20
20.
MASJID TO’ LEBAI HASHIM
21.
PASAR AWAM TAMAN SELAMAT
22.
PERKAMPUNGAN MACHANG BUBOK
23.
PERMATANG TINGGI
24.
SEKOLAH KEBANGSAAN TANAH LIAT
25.
SK ALMA JAYA
26.
TAMAN GURU
27.
TAMAN MACANG BUBUK
28.
TAMAN MARKISAH
29.
TAMAN PERMATANG TINGGI INDAH
30.
TAMAN PERWIRA
31.
TAMAN SRI KIJANG
32.
TAMAN USAHA

Sunday, February 15, 2009

Latihan (O'Grady) Bab 4 Morfologi

Latihan halaman 139-145
Susahnye nak jawab soalan dalam bahasa Inggeris ni. Apapun, buat je, betul atau salah, belakang kira... saya budak baru belajar, kalau salah tolong betulkan...apa pun yang penting , buat.
1. (i) Perkataan mudah (M) atau kompleks (K) :
a) fly : terbang (M)
b) desk : meja (K)
c) untie : mak cik (K)
d) tree : pokok (K)
e) dislike : benci (M)
f) reuse : menggunakan semula (M)
g) triumphed :kemenangan (M)
h)delight :keseronokan (M)
i) justly: patut (K)
j) payment : pembayaran (M)
k)spiteful : hasad (K)
l) suite : set (K)
m) fastest : pantas (M)
n) deform : cacat (M)
o) disobey : bantah (M)
p) preplan : perancangan (M)
q)optionality : pilihan (M)
r) prettier : cantik (M)
s)mistreat: salah laku (K)
t) premature : pramatang (K)

Tuesday, February 3, 2009

Bahasa Melayu diabai telefon


TELEFON bimbit dewasa ini menjadi barang keperluan dan amat menyeluruh penggunaannya tanpa mengira usia, pekerjaan dan masyarakat. Tetapi, persoalannya berapa ramaikah pengguna telefon bimbit yang menggunakan bahasa pilihan bahasa Melayu di dalam telefon bimbit mereka? Mungkin ada segelintir masyarakat kita berpendapat penggunaan bahasa Inggeris lebih mudah apatah lagi ia dianggap sebagai bahasa sains dan teknologi oleh sesetengah pihak. Sebagai rakyat yang mendaulatkan perlembagaan yang termaktub jelas dan nyata di dalam Artikel 152, Akta Bahasa Kebangsaan, kita seharusnya menggunakan bahasa Melayu. Ini bertujuan menyahut, merealisasikan dan menterjemahkan kehendak Perlembagaan Persekutuan dan mengangkat martabatnya dengan mengaplikasikan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam pelbagai aspek kehidupan termasuk dalam telefon bimbit.
Mengikut tinjauan rambang, hanya 10 syarikat meletakkan aplikasi bahasa Melayu di dalam telefon bimbit keluaran mereka, ini bukanlah alasan untuk dijadikan halangan untuk kita mempraktikkan bahasa Melayu yang semakin tercabar kedudukannya. Teks versi bahasa Melayu amat bergantung kepada perisian telefon bimbit. Setiap telefon bimbit diciptakan dengan perisian asalnya dalam bahasa Inggeris. Faktor ruang menjadi faktor penting yang mempengaruhi corak dan teknik bahasa yang diterjemahkan (Artikel: Kemiskinan Teks Bahasa Melayu Dalam Telefon Bimbit, Dewan Bahasa: Jun 2002) Kekangan akibat keadaan semula jadi bahasa Melayu yang agak melewah dari segi kata, frasa, klausa dan ayatnya, bukanlah alasan untuk mengetepikan penggunaan bahasa Melayu di dalam telefon bimbit.
Sikap pengguna yang tidak memberi ruang dan peluang kepada penggunaan bahasa Melayu. Sesuatu yang dijadikan amalan dan kebiasaan akhirnya sebati dalam diri. Hal ini perlu diambil serius oleh semua pihak di pelbagai lapisan masyarakat supaya tamadun yang terbina tidak akan hilang bahasanya akibat dikuburkan bangsanya sendiri.

PENCINTA BAHASA BANGSA SENDIRI, Pulau Pinang.

Sumber:Berita Harian Online. Berita Harian Sdn.Bhd..30 Januari 2009. <http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Surat/20090129235312/Article/ > 03 Februari 2009.

Petikan artikel di atas merupakan hasil tulisan Norliza bt Abdul Kadir yang dihantar melalui e-mel ke Berita Harian dan telah tersiar di Ruangan Surat & E-mel akhbar Berita Harian pada 30 Januari 2009. (Ini adalah sebahagian daripada tugasan HMT 507 Isu Semasa Bahasa Melayu di bawah Dr. Syed Zainal Ariff b Syed Jamaluddin, kajian mengenai perisian telefon bimbit yang menggunakan versi bahasa Melayu)

Monday, February 2, 2009

MEET UNCLE HUSSAIN -Lagu Untukmu

Sumber : Myspace.com, 02 Februari 2009,http://viewmorepics.myspace.com/index.cfm?fuseaction=viewImage&friendID=39601219&albumID=0&imageID=20126863#a=0&i=20126864
Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicelah
Bagaiku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini
Takkan berubah kerna aku tetap aku
Dan lalu rindumu bukanlah aku
Bahagia kau dan fikiranmu
Berbeza
Kau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu
Apakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan
Yang dikawal oleh jari-jarimu
Ku punya hati dan perasaan pernahkah engkau fikirkan
Cukup cukup oh cukuplah
Tak faham tak faham
Tak dapat ku faham
Melayan sikapmu perawan
Berbeza-berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa
Bebaskan bebaskan
Kunci dilepaskan
Kita tidak sehaluan
Cukuplah sudahlah
Sampai di sini saja
Hubungan kita berdua
sumber:http://hbt2130809syntax.blogspot.com/(http://www.jiwang.org/portal/modules/liriklagu/liriklagu-comm.php?id=14557 )

Siapakah Meet Uncle Hussain (MUH)?
Kumpulan Meet Uncle Hussain (juga dieja sebagai satu perkataan: meetUncleHussain atau meetunclehussain) ialah sebuah kumpulan muzik bebas Malaysia yang mendendangkan muzik rock progresif. Pencapaian besar mereka yang terawal ialah dijadikan Kumpulan DIY Terbaik oleh majalah ROTTW pada tahun 2005. Pada tahun 2007, kumpulan ini makin laris dengan penampilan dua lagu mereka, La La La Kerjalah dan Lagu Untukmu sebagai lagu tema KAMI yang bertemakan perjuangan pemuzik bebas di Malaysia.Pencapaian terkini dinobat sebagai juara lagu d i anugerah Juara Lagu 23(AJL 23)
Sumber: Wikipedia, 02 Februari 2009, http://ms.wikipedia.org/wiki/Meet_Uncle_Hussain