Showing posts with label HMT503 0910. Show all posts
Showing posts with label HMT503 0910. Show all posts

Tuesday, September 8, 2009

Proposal Kesantunan Berbahasa

Peranan staf sokongan ataupun kakitangan bukan akademik di kaunter pejabat sekolah amat penting kerana di sanalah pelanggan kepada institusi pendidikan tersebut akan mula melangkah masuk ke dunia organisasi tersebut. Maka, tanggapan pertama akan timbul di benak pelanggan dengan bentuk layanan yang diterima ketika berurusan di kaunter pejabat sekolah tersebut.
Pelanggan mungkin terdiri daripada ibu bapa, waris atau penjaga kepada murid yang akan bersekolah di sekolah tersebut, pegawai dari pelbagai organisasi atau jabatan kerajaan yang ada urusan dengan pihak pentadbiran sekolah. Pelanggan mungkin juga merupakan guru-guru yang akan memulakan tugas di sekolah berkenaan ataupun yang telah berkhidmat di situ. Selain itu, pelanggan di kaunter pejabat sekolah mungkin terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), jurujual alat bahan bantu mengajar, wakil syarikat pembekalan buku, kontarktor membaiki prasarana di sekolah dan pelbagai lagi.
Kepelbagaian pelanggan ini menunjukkan bahawa kaunter pejabat sekolah menjadi sumber rujukan pertama, atau entri atau barisan hadapan kepada pelbagai urusan di sekolah berkenaan. Kepentingan sumber manusia atau pekerja yang menguruskan segala urusan di kaunter pejabat memikul tugas berat kerana tanggapan pertama oleh pelanggan terhadap keseluruhan organisasi perlu dipamerkan dengan sebaik mungkin.
Kakitangan yang biasanya akan menyambut pelanggan di kaunter pejabat sekolah terdiri daripada pembantu pejabat atau Pembantu Am Rendah (N1), Pembantu Am Pejabat (N4) Pembantu Rendah Am (N11), Pembantu Tadbir (N17) atau Kerani Kewangan, Pembantu Tadbir (N17) atau Kerani Perjawatan dan Juruteknik (FT17). Staf sokongan di pejabat sekolah akan menguruskan segala urusan di pejabat termasuklah kaunter pejabat sekolah. Setelah disaring di kaunter tersebut, barulah pelanggan akan dibenarkan untuk meneruskan urusan yang diingini sama ada berkaitan pentadbiran, urusan persekolahan, perniagaan dan sebagainya.
Adakalanya layanan yang diberikan di kaunter pejabat sekolah sekadar sambil lewa, bahasa sapaan yang tidak sesuai, masa menunggu terlalu lama, terpaksa menunda urusan kerana orang yang ingin ditemui tiada dan sebagainya. Berkaitan layanan dan bahasa sapaan terhadap pelanggan, adakah kesantunan bahasa dititik beratkan oleh staf sokongan di kaunter pejabat sekolah?
1.2 Persoalan Kajian
Persoalan kajian ini adalah seperti berikut:
i. Apakah bahasa sapaan digunapakai ketika staf sokongan melayan pelanggan di kaunter
pejabat sekolah?
ii. Bagaimanakah staf sokongan menyapa pelanggan ketika pertama kali pelanggan melangkah masuk ke kawasan kaunter pejabat sekolah?
iii. Adakah terdapat faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan bahasa yang santun semasa mereka mengendalikan pelanggan di kaunter pejabat sekolah?

1.3 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan dengan bersandarkan dua objektif utama iaitu objektif umum dan objektif khusus seperti berikut:

1.3.1 Objektif Umum
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk:
i.Mengenalpasti kesantunan berbahasa yang menjadi amalan staf sokongan semasa mereka mengendalikan pelanggan di kaunter pejabat sekolah.
ii. Menganalisis dan menilai kesantunan berbahasa yang digunakan semasa mereka
melayani pelanggan di kaunter pejabat sekolah.
iii. Mengkaji faktor dan memahami faktor yang mempengaruhi penggunaan kesantunan berbahasa oleh staf sokongan semasa mereka mengendalikan pelanggan di kaunter pejabat sekolah.
1.3.2 Objektif Khusus
Pada akhir kajian ini diharap akan dapat :
i. Menilai tahap kesantunan berbahasa dalam kalangan staf sokongan di kaunter pejabat sekolah dari sudut kesantunan berbahasa yang sesuai ketika melayani pelanggan.
ii. Menyatakan faktor yang mempengaruhi kesantunan berbahasa dalam kalangan staf sokongan semasa mereka mengendalikan pelanggan di kaunter pejabat sekolah.
1.4 Kepentingan dan Sumbangan Kajian
Kepentingan dan sumbangan kajian ini adalah seperti berikut:
i. Kajian ini dapat menjelaskan bahawa kesantunan berbahasa dari sudut penggunaan bahasa sapaan ketika melayani dan berkomunikasi dengan pelanggan atau sesiapapun adalah penting.
ii. Kajian ini akan membantu meningkatkan kualiti perkhidmatan di kaunter pejabat sekolah sejajar dengan kempen berbudi bahasa.
iii. Kajian ini akan membantu memberi garis panduan kepada staf sokongan dan pelbagai pihak yang perlu berurusan di barisan hadapan agar sentiasa mengamalkan bahasa sapaan yang penuh kesantunan.

1.5 Batasan Kajian

Kajian ini hanya akan meliputi data ungkapan bahasa sapaan sebagai salah satu elemen dalam kesantunan berbahasa yang diperoleh daripada informan. Batasan kajian meliputi beberapa perkara berikut iaitu:
1.5.1 Data Kajian
Data kajian diperoleh melalui proses rakaman perbualan yang dijalankan oleh pengkaji. Rakaman perbualan akan dilakukan terhadap staf sokongan (6 orang informan) bersama-sama pelanggan ketika berurusan di kaunter pejabat sekolah.

1.5.2 Informan

Enam orang informan yang dipilih dalam kajian ini yang merupakan staf sokongan terdiri daripada pembantu pejabat atau Pembantu Am Rendah (N1), Pembantu Am Pejabat (N4) Pembantu Rendah Am (N11), Pembantu Tadbir (N17) atau Kerani Kewangan, Pembantu Tadbir (N17) atau Kerani Perjawatan dan Juruteknik ICT (FT17). (Keterangan lanjut dalam perkara 4.2.3.
1.5.3 Tempoh Masa Kajian

Pengkaji akan menjalankan kajian ini selama sebulan minggu bagi mendapatkan data yang mencukupi. Sekiranya data yang dikutip tidak mencukupi, pengkaji akan mengubahsuai tempoh masa tersebut. Keadaan ini mungkin disebabkan kekurangan pelanggan yang datang ke kaunter pejabat sekolah, masalah teknikal yang mungkin timbul, kekangan masa dan sebagainya jika situasi luar jangkaan mungkin berlaku.
Kajian rintis akan dijalankan selama tiga hari bagi mendapatkan data awal sebagai persediaan kertas cadangan. Kaedah temu bual, pemerhatian dan rakaman dilakukan dalam kajian rintis ke atas informan di kaunter pejabat sekolah.

Wednesday, August 12, 2009

Mixed Methods & Teori Beralas

KAEDAH CAMPURAN (MIXED METHODS)

1. PENDAHULUAN

Setiap kajian atau penyelidikan yang dilakukan oleh pengkaji atau penyelidik tidak kira dalam skala kecil ataupun besar, tidak dapat lari daripada menggunakan kaedah tertentu dalam penyelidikan mereka. Kaedah apapun yang dipilih dan digunakan dalam kajian sudah pasti ada rasionalnya sehingga mencapai objektif dan matlamat kajian. Namun, persoalannya, berapa jenis kaedah yang digunakan oleh pengkaji dalam sesebuah kajian yang dilakukan. Adakah satu kaedah sudah memadai atau lebih daripada satu kaedah? Berkemungkinan besar sesebuah kajian memerlukan lebih daripada satu kaedah kajian bagi melengkapi kajian agar lompang-lompang yang hadir dapat dilitupi dengan kepelbagaian kaedah. Hal ini termasuklah penggunaan kaedah campuran atau ‘mixed methods’ yang semakin digemari pengkaji belakangan ini.

2. DEFINISI KAEDAH CAMPURAN

Menurut L.R. Gay et.al (2009:462), Kaedah Campuran adalah reka bentuk penyelidikan pendekatan campuran yang menggabungkan pendekatan kualitatif dan kuantitatif dengan memasukkan kedua-dua data kualitatif dan kuantitatif dalam satu kajian.[1]
Mixed methods research is a design for collecting, analyzing and mixing both quantitative and qualitative research (or data) in a single study or series of studies to understand a research problem ( adapted from Creswell and Plano Clark, 2007).[2]

Penyelidikan di mana pengumpulan dan analisis data, menggabungkan pencarian dan membuat kesimpulan menggunakan kedua-dua pendekatan kualitatif dan kuantitatif atau kaedah dalam single study atau kajian yang diselidik.[3]

3. TUJUAN
Tujuan pertama Kaedah Campuran dibentuk untuk menghasilkan penyelidikan kualitatif dan kuantitatif yang kukuh untuk memahami fenomena kajian dengan sepenuhnya berbanding menggunakan kualitatif dan kuantitatif secara sendiri, di samping untuk memantapkan sokongan terhadap sesuatu isu, hujah atau dapatan yang diperoleh daripada pelbagai perspektif sama ada kualitatif atau kuantitatif.[4]
4. ALASAN MENJALANKAN KAEDAH CAMPURAN
Terdapat beberapa sebab atau alasan yang membawa kepada pengkaji menjalankan kaedah campuran ini iaitu antaranya kerana kesahan, keseimbangan, melengkapi, proses, soalan berbeza, penerangan, keputusan di luar jangkaan, pembangunan instrumen, sampel, kredibiliti, konteks, ilustrasi, utiliti, mengesahkan dan peningkatan data.[5]
Dari sudut kesahan, kaedah ini digunakan adalah untuk menyokong data kualitatif dan kuantitatif, manakala dari segi keseimbangan pula, kaedah campuran digunakan untuk menyeimbangkan kelemahan antara pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Kaedah campuran juga digunakan untuk melengkapi kajian dengan lebih menekankan data kualitatif atau kualitatif sahaja. Dari segi proses pula, kaedah kuantitatif akan menunjukkan keputusan manakala kualitatif akan menunjukkan proses. Antara pendekatan kuantitatif dan kualitatif, kedua-duanya akan memberikan jawapan soalan yang berbeza.Manakala pendekatan kualitatif menerangkan keputusan kuantitatif dan sebaliknya. Penggunaan kaedah campuran digunakan juga untuk menangani seandainya terdapat keputusan di luar jangkaan iaitu sesuatu keputusan di luar jangkaan dan mengejutkan, penerangan yang berlainan. Selian itu, kaedah kualitatif dibentuk untuk mereka reka bentuk instrumen, kemudian instrumen diuji. Kaedah campuran juga digunakan sebagai satu kemudahan pendekatan persampelan daripada pendekatan yang lain.
Dari sudut kredibiliti pula, kedua-dua pendekatan menyatakan integriti dalam kajian di samping konteks yakni kualitatif menyediakan penjelasan, manakala kuantitatif secara umum. Melalui Ilustrasi, data kualitatif membantu membangunkan bagi data kuantitatif secara mendalam. Manakala utiliti lebih berguna untuk pengamal kajian / ‘practitioners’. Kaedah campuran juga digunakan kerana bagi mengesahkan bahawa kaedah kuantitatif diuji, manakala kaedah kualitatif menghasilkan hipotesis. Akhir sekali, peningkatan data akan menambahkan atau membangunkan satu daripada data dengan yang lain.[6]

5. BAGAIMANA IA DILAKUKAN ?

Proses gabungan ini melibatkan proses berikut iaitu para penyelidik perlu meneliti semula sebarang artikel yang berkait rapat sama ada dari segi isu-isu sama, hampir sama atau isu yang boleh membantu untuk menyokong hujah, seterusnya memastikan kesesuaian isu-isu yang dibincangkan, kemudian mengenal pasti artikel yang berbentuk kuantitatif terlebih dahulu, dan menggunakan maklumat/data kualitatif sebagai menyokong isu yang dibincangkan dalam artikel berbentuk kuantitatif tadi atau sebaliknya.Kesahan dan kebolehpercayaan data (sekiranya ada ) perlu diulas bagi menyokong hasil dapatan secara kualitatif.[7]

JENIS REKA BENTUK
Tulisan huruf besar menunjukkan pemberatannya lebih tinggi daripada tulisan huruf kecil manakala kedua-dua huruf besar menunjukkan kedua-dua kaedah digunakan secara seimbang iaitu Model QUAL-Quan, Model QUAN-Qual dan Model QUAN-QUAL.[8]

6.1 Model QUAL-Quan
Model QUAL-Quan dikenali sebagai reka bentuk kaedah campuran tinjauan/penyiasatan iaitu data kualitatif dikumpulkan dahulu dan data kualitatif lebih tinggi daripada data kuantitatif . Kajian kualitatif ( frasa kajian ) didahulukan dan lazimnya kajian tinjauan dinilai melalui temu duga terbuka (open-ended) dengan individu atau kumpulan yang dijalankan dengan mengenal pasti konsep dan hipotesis. Dalam kajian kedua, variabel dikenal pasti daripada konsep asal melalui analisis kualitatif sementara hipotesis diuji dengan teknik kuantitatif . Apabila kaedah kualitatif dominan, penyelidik akan memutuskan sama ada kajian termasuk melalui soal selidik, bancian, data skala-Likert bersama data naratif, kesahan keputusan kualitatif yang boleh meningkatkan keputusan data kuantitatif .[9]

6.2 Model QUAN-Qual
Model QUAN-Qual dikenali sebagai reka bentuk kaedah campuran penjelasan, data kuantitatif dikumpulkan dahulu dan data kuantitatif lebih tinggi. Kajian pertama, penyelidik membuat formula hipotesis, mengumpul data kuantitatif dan menjalankan analisis data. Penemuan kajian kuantitatif menentukan jenis data yang dikumpul dalam kajian kedua termasuk pengumpulan data kualitatif, analisis dan penginterpretasian. Kemudian penyelidik boleh menggunakan analisis dan interpretasi kualitatif untuk membantunya menerangkan keputusan kualitatif dengan terperinci. Contohnya, apabila kaedah kuantitatif dominan, penyelidik lebih bersemangat menghasilkan keputusan kuantitatif melalui pengumpulan dan menulis kes vignettes.[10]

6.3 Model QUAN-QUAL
Model QUAN-QUAL dikenali sebagai reka bentuk kaedah campuran segi tiga. Data kuantitatif dan kualitatif sama tinggi dan dikumpulkan serentak melalui kajian yang sama, data tidak dikumpul dalam kajian yang berbeza atau frasa yang ketara dalam dua kaedah yang lain. Kebaikan utama kaedah ini ialah kekuatan data kualitatif ( contoh: data tentang konteks) mengimbangi kelemahan data kuantitatif ( contoh: kesahan ekologikal) dan kekuatan data kuantitatif ( contoh: anggapan umum) mengimbangi kelemahan data kualitatif( contoh: kebolehupayaan konteks). Gabungan sepenuhnya penekanan QUAN-QUAL mencabar jenis kaedah penyelidikan kerana mempersoalkan ‘value’ penyelidik secara serentak dengan mengumpulkan data kuantitatif dan kualitatif. Penyelidik dilihat kritikal pada keputusan kuantitatif dan kualitatif untuk menentukan pencarian sumber yang sama.[11]

ANALISIS DATA DALAM KAEDAH CAMPURAN
Perkara yang paling sukar untuk dilakukan oleh pengkaji adalah usaha untuk menganalisis data. Masalah timbul apabila percubaan untuk menganalisis sumber data kuantitatif dan kualitatif agar sejajar, teratur dan percubaan untuk mencari perbezaan antara kedua-duanya. Gabungan kaedah membawa pengkaji daripada satu perspektif menjadi kepelbagaian perspektif.[12]

7.1 Ciri-ciri Analisis Data
Percampuran kaedah iaitu menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif, kaedah bercampur, intergrated dan triangular. Kedua-dua kaedah digunakan dalam kajian. Seterusnya pengkaji menjelaskan kaedah campuran yang digunakan. Jenis kutipan data dinyatakan sama ada naratif, angka atau kedua-duanya. Berdasarkan tujuan atau soalan kajian yang dikemukakan oleh pengkaji akan menunjukkan jenis kaedah yang digunakan. Selain itu, soalan kajian yang dikemukakan dikaitkan dengan pendekatan kuantitatif dan kualitatif .[13]
Pengkaji menunjukkan keutamaan diberikan kepada teknik pengumpulan data kuantitatif dan kualitatif. Pengkaji menunjukkan urutan antara kualitatif , kuantitatif atau kedua-dua jenis data yang dikutip : menentukan sama ada jenis kaedah kuantitatif – kualitatif, kualitatif-kuantitatif atau KUAN-KUAL. Pengkaji menjelaskan cara data dianalisis menggunakan kedua-dua strategi kualitatif dan kuantitatif. Penulisan selebihnya menggunakan kedua-dua pendekatan.[14]

7.2 Mentafsirkan Penggunaan Kaedah Campuran
Guna sekurang-kurangnya satu kaedah kajian kualitatif dan satu kaedah kuantitatif . Rasional menggunakan bentuk kaedah campuran . Keutamaan dan pembahagian kepada kaedah kutipan data kuantitatif dan kualitatif . Penggunaan soalan kajian kualitatif dan kuantitatif dan bersesuaian dengan teknik kutipan data. Penggunaan teknik analisis data yang bersesuaian dengan kaedah campuran.


CONTOH KAJIAN
Kajian yang dilakukan oleh Nor Hashimaah Jalaludin et.al. (2004:63-95). Beliau menggunakan kedua-dua kaedah iaitu kuantitatif dan kualitatif Tujuan kajian yang dilakukan adalah untuk meneliti prestasi anak-anak Melayu dalam subjek bahasa Melayu pada peringkat UPSR dan PMR . Kaedah kuantitatif yang digunakan iiatu kajian yang melibatkan sampel yang besar, pengiraan statistik yang sewajarnya, kemudian diterjemahkan apa-apa yang berkaitan dengan mauduk penyelidikan. Manakala kaedah kualitatif yang digunakan melibatkan hasilnya lebih bersifat deskriptif,huraian saintifik berlandaskan teori yang sesuai bagi menjelaskan masalah yang menjadi mauduk penyelidikan, penjelasan dipandu oleh statistik yang dijana agar kolerasi antara kedua-duanya dapat dipertemukan .[15]

PENUTUP
Benarlah kata-kata Neuman (2006: 13-14) bahawa antara kaedah kualitatif dan kuantitatif, masing-masing ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. Kedua-duanya saling lengkap-melengkapi. Pengkaji memerlukan kedua-dua kaedah kajian untuk dapatan yang lebih baik. [16] Kaedah campuran ini amat membantu pengkaji menjalankan kajian tanpa perlu menghadkan kaedah kajian sama ada kuantitatif ataupun kualitatif. Pengkaji boleh memilih bentuk/model yang paling sesuai untuk kajian yang digunakan.



BIBLIOGRAFI
1. Bryman, Qualitative Research, 2006
2. Gay, LR, Geoffrey E.Mills, dan Peter Airasian. 2009 .Educational Research: Competencies for Analysis and Applications. Upper Saddle Rier &Columbus : Pearson Merill Prentice Hall.
3. http://www.southalabama.edu/bset/johnson/lectures/lec14.htm. 03 Ogos 2009.
4. John W. Creswell .2008. Planning a Mixed Methods Study. Department of Educational

Psychology, University of Nebraska-Lincoln.

5. Neuman, W. Lawrence.2006. Social Research Methods: Qualitative and Quantitative Aproaches. Pearson International Edition. USA.
6. Nor Hashimah Jalaludin et.al. 2004. Penguasaan Bahasa Melayu oleh Pelajar Melayu dalam Arus Globalisasi dlm Jurnal Bahasa Jld 4 Bil. 1 Mac 2004. DBP.












TEORI BERALAS
1.0 Pengenalan
Pendekatan teori beralas merupakan salah satu dalam penyelidikan kualitatif. Teori beralas digunakan dalam penyelidikan supaya terdapat teori yang menjadi alas atau tunjang kepada kajian yang digunakan oleh pengkaji. Banyak kajian yang dilakukan, terutamanya dalam bidang sains sosial pada hari ini beralaskan kepada teori. Hal ini penting supaya teori itu dapat membantu untuk pengukuran pengkaji terhadap sikap atau tingkah laku manusia. Justeru, teori beralas menjadikan penyelidikan sesuai dengan kajian yang dijalankan oleh pengkaji terutamanya kajian yang melibatkan teori.
Menerusi esei ini, perbincangan tentang teori beralas akan bertumpukan kepada definisi teori beralas, permasalahan di antara teori beralas dengan rangka teori ‘theoritical framework’, kaedah dan strategi mengumpulkan data berdasarkan teori beralas dan analisis data. Kesemuanya ini, akan cuba untuk dibincangkan dengan contoh-contoh tertentu dalam bidang sains sosial atau sains.
2.0 Teori Beralas
Teori beralas ini diperkenalkan oleh Glaser dan Strauss (1967) dalam The Discovery of Grounded Theory.[17] Pada tahap awal perkembangan, teori beralas menawarkan dan mementingkan satu wawasan bagaimana menjalankan penyelidikan dengan teori, bermula reka bentuk projek sehingga menulis.[18] Hal ini bermaksud, bahawa penyelidikan tu, beralaskan pada teori, iaitu menggunakan teori pada peringkat permulaan lagi, sehinggalah penyelidikan itu tamat.

Menurut Bailey, teori beralas ialah teori yang diperolehi melalui data dan ia tidak berbentuk abstrak atau sementara.[19] Teori ini diperoleh melalui tiga cara iaitu melakukan kajian luar tanpa sebarang hipotesis, menggambarkan apa yang berlaku dan merumuskan huraian-huraian tentang sesuatu kejadian berdasarkan pemerhatian.[20]

Sementara itu, Dey pula menyebut bahawa terdapat empat cara untuk menjalankan penyelidikan secara teori. Antara cara tersebut pertamanya, teori beralas ini sebagai “memikirkan” penjanaan teori yang melalui data daripada percubaan idea yang diformulasikan lebih dahulu sebagai koleksi data dan analisis. Kedua, proses menjanakan idea melalui data yang terdapat pembaharuan pendekatan. Ketiga, teori beralas bergantung kepada permulaan dan bukannya khusus. Data boleh diperoleh melalui pelbagai kaedah iaitu permerhatian, temu bual yang tidak berstuktur. Cara terakhir ialah teori beralas boleh membawa kepada kejayaan dalam penyelidikan yang akhir.[21]


Jika diteliti kepada Dey ini, jelaslah bahawa teori beralas ini digunakan pada awal penyelidikan dengan menyokong untuk menghasilkan data, pendekatan terhadap data dan teori beralas ini tidak terlalu khusus dalam memperoleh data. Hal ini agak berbeza dengan Bailey yang lebih kepada penciptaan teori beralas berdasarkan kepada data. Maka, teori beralas ini boleh digunakan pada peringkat awal penyelidikan.

Babbie pula, menyatakan bahawa teori beralas sebagai :
An inductive approach to the study of social life that attempts to generate a theory from the constant comparing of unfolding observations. This is very different from hypothesis testing in which theory is used to generate hypotheses to be tested through observations.[22]

Jika meneliti pernyataan Babbie ini, teori beralas bersifat induktif dah berperanan untuk menjanakan teori. Hal ini sama seperti yang dinyatakan oleh Bailey, iaitu teori beralas ini dijanakan daripada data dan pemerhatian. Oleh itu, teori beralas ini diperoleh daripada pemerhatian, dan data akan menjadi alas untuk membuat hipotesis dan seterusnya menghasilkan satu penyelidikan.

Seaman pula membuat dua perbezaan tentang teori beralas ini mengikut dua pendekatan iaitu, pendekatan tradisional dan moden. Mengikut tradisional seperti yang diperkenalkan oleh Glaser (1992), teori beralas ini analitikal teras yang menjadi permulaan untuk membina teori berdasarkan kewujdan data yang sebenar. Manakala, pendekatan moden seperti yang diutarakan oleh Charmaz (2006), melihat bahawa teori beralas ini kaedah yang menyokong andaian asas yang berbeza, pendekatan kutipan data, penekanan analitikal dan peringkat-peringkat secara teori.[23]

Berdasarkan hujah-hujah yang dikemukan oleh beberapa orang pengkaji teori beralas ini, jelaslah bahawa untuk memberi definisi teori beralas ini secara tuntas adalah tidak wajar. Oleh itu, disimpulkan bahawa pendekatan teori beralas ini dalam penyelidikan kualitatif merupakan teori yang boleh dibina berasaskan kepada dapatan pemerhatian atau data, lalu membina teori beralas terhadap kajian yang dijalankan oleh pengkaji. Seterusnya, teori yang telah sedia wujud yang membantu untuk menyokong kepada kajian yang dijalankan oleh seseorang pengkaji.

3.0 Permasalahan

Perbincangan tentang masalah yang berlaku dalam teori beralas ini berdasarkan kepada persoalan timbul oleh Seaman dalam artikelnya iaitu, penggunaan teori beralas dalam kajian yang sudah mempunyai rangka teori untuk metodologi.[24] Meskipun, timbul satu persoalan sahaja, namun permasalahan ini akan membawa kepada perbincangan tentang dua perkara iaitu teori beralas dan rangka teori.

Teori beralas telah dibincangkan seperti di atas. Perbincangan telah rangka teori akan ditumpukan di bahagian ini, tetapi tidaklah terus menolak perbincangan teori beralas. Oleh itu, apakah yang dikatakan sebagai rangka teori? Rangka teori merupakan himpunan yang berkaitan dengan konsep. Rangka teori seperti teori tetapi tidak diperlukan untuk diselesaikan. Rangka teori membantu pengkaji dalam penyelidikan untuk menentukan ukuran, dan hubungan statistik yang akan dilihat.[25]

Rangka teori merupakan struktur yang ringkas idea atau konsep yang digabungkan bersama. Teori merupakan perbincangan yang berikatan dengan konsep, manakala konsep adalah perkataan atau frasa yang menjadi simbol yang berkaitan dengan idea. Konsep tidak perlu untuk dibincangkan sebagai satu pemahaman.[26]

Contohnya, kajian yang dijalankan oleh Awang Sariyan yang bertajuk ‘Persoalan Epistemologi dalam Disiplin Linguistik dan Relevansinya dengan Linguistik Melayu’. Dalam kajian ini, Awang Sariyan telah menerapkan konsep epistemologi dengan memberi perhatian kepada hakikat bahasa, teori kelahiran bahasa, sumbangan bahasa dalam pembinaan konsep serta realisasi diri insan dan isu-isu yang berkaitan dengan perkembangan disiplin linguistik di alam Melayu.[27] Menerusi konsep epistemologi ini, Awang Sariyan telah membincangkan dengan begitu baik sekali tentang epistemologi Barat sehingga membawa kepada implikasi terhadap bidang lingusitik dan seterusnya epistemologi Islam yang menyumbang kepada tamadun Melayu.[28] Jelas, bahawa pengggunaan konsep ini, membantu untuk mengkaji secara tuntas konsep epistemologi dalam ruang lingkup tertentu.

Meskipun begitu, penggunaan rangka teori atau konsep ini, tidak bermakna bahawa teori beralas tidak mempunyai kekuatan dalam penyelidikan. Bagi Bailey, beliau yang membuat perbandingan antara tiga pendekatan iaitu, pendekatan klasik, teori beralas dan operasionalisme mendapati bahawa, teori beralas dapat mengurangkan kesilapan ukuran dapat dikurangkan kerana konsep yang digunakan diperoleh daripada data-data yang empiris.[29] Contohnya, kajian oleh Paitoon M. Chaiyanara yang bertajuk ‘Teori Tatabahasa Leksikasus’ tentang kasus iaitu hubungan sintaksis dan semantik yang mempunyai peranan penting dalam tatabahasa.[30] Untuk membincangkan tentang kasus, Paitoon telah mengaplikasikan beberapa teori tatabahasa leksikasus dan teori x-Bar. Penggunaan teori ini, membantu untuk membincangkan peranan kasus.



4.0 Kaedah dan Strategi untuk kumpulkan data
Bahagian ini akan membincangkan tentang kaedah dan strategi untuk mengumpulkan data. Menurut Seaman, terdapat beberapa kaedah dan strategi untuk mengumpulkan data, iaitu :
a) proses pertanyaan yang menghala kepada pandangan responden terhadap elemen aktiviti, merakamkan kata-kata peserta dalam keadaan yang semula jadi.
b) memerhatikan bagaimana responden menggunakan konsep atau alat untuk menyelesaikan masalah, dan jika alat yang digunakan rosak, bagaimana mereka gunakan alat ini untuk selesaikan masalah yang baru.
c) menganalisis bahan sejarah daripada sumber primer.
d) untuk mengendalikan analisis sejarawi, konsep dan bahan material digunakan untuk melihat keselarasan.
e) pada peringkat akhir, sampel teori digunakan untuk memfokuskan semula elemen dalam aktitivi yang digambarkan oleh data.[31]

5.0 Analisis
Setelah melalui proses perbincangan kaedah dan strategi, pada peringkat seterusnya, pengkaji perlulah menganalisis data. Jika menurut Seaman, analisis kaedah dan strategi ini fokus kepada mengekodkan secara lakaran eleman dalam aktiviti bermula dengan pegangan subjek, lalu menjanakan tema yang baru, menggunakan tahap teori yang tinggi untuk menghuraikan keadaan yang natural dan bukan natural, melihat kepada kontradiksi percakapan dan tindakan yang neutral, pensejarahan dan penyertaan subjek dalam sesuatu peristiwa, merekodkan, kembali kepada eleman yang spesifik dan memo.[32]

Berdasarkan kepada Seaman itu, didapati bahawa mengekod merupakan langkah pertama untuk pengkaji menganalisis secara terbuka. Melalui mengekod ini, pengkaji akan ‘menangkap’ makna yang kecil daripada data.[33] Kemudian, pengkaji perlu mengkategorikan data mengikut kumpulan fenomena. Hal ini penting supaya kategori menggambarkan penambahan tahap pemisahan daripada data dan pengkaji membuat perbincangan berdasarkan kod dan bukan lagi data secara terus.[34] Oleh itu, mengekod merupakan langkah yang utama dalam menganalisis. Langkah mengekodkan ini bermula pada peringkat awal dan juga akhir untuk memudahkan pengkaji membuat perbincangan.
Namun, dalam satu kajian yang dijalankan oleh Janet Anderson iaitu ‘Well-suited partners : psychoanalytic research and grounded theory’, beliau menyatakan bahawa teori beralas digunakan sebagai pendekatan yang induktif, data dikaji dan dikodkan. Apabila sudah dikodkan, kategori akan muncul. Data boleh dipecahkan dalam bentuk yang berbeza untuk memahami kategori tersebut dari segi ciri dan hubungannya. Setiap kategori tersebut dideskripsikan dengan mengkaji data tersebut sehingga tidak ada lagi tambahan data.[35]
Tambah Anderon lagi, teori beralas digunakan dalam penyelidikan klinikal apabila teori digunakan untuk alas data dan boleh memberi penerangan, ramalan dan kebolehan memakai sesuatu secara terus dengan set klinikal. Malahan, klinikal ‘psychoanalytic’ menggunakan teori beralas untuk menunjukkan potensi mengenal pasti kanak-kanak yang lebih tegap yang menjadi aspek penting dalam minda kesihatan.[36]
Justeru, pengunaan teori beralas ni, bukan sahaja digunakan dalam bidang sains sosial malahan juga dalam bidang klinikal terutamanya, jika ianya membabitkan kelakuan atau sikap manusia. Teori beralas ini apabila digunakan dalam menganalisis sesuatu kajian, membolehkan pengkaji menganalisis dengan lebih teliti dan jitu.
6.0 Penutup
Berdasarkan perbincangan tentang teori berals tadi, jelaslah bahawa teori beralas merupakan pendekatan dalam kualitatif yang membatu pengkaji untuk menggunakan teori sebagai kerangka dalam kajiannya. Teori beralas ini juga membolehkan pengkaji untuk menggunakan pelbagai sumber walaupun hipotesis belum dijanakan. Kajian yang menggunakan teori beralas juga dapat memberi pembaharuan untuk melihat sama ada teori beralas yang digunakan itu relevan dengan kajiannya atau membawa kepada teori yang baru. Sesungguhnya teori beralas ini dapat menjanakan lebih banyak teori sesuai dengan pekembangan fenomena manusia yang sentiasa berubah-ubah.










Bibliografi
Anderson, J. (2006). “Well-suited Partners : Psychoanalytic Research and Grounded
Theory.” Journal of Child Psychotherapy, Jilid 32 No. 3, hlm. 329-348. Punca : Ebscohost (online)
Awang Sariyan. (2005). “Persoalan Epistemologi Dalam Disiplin Linguistik dan Relavansinya
dengan Linguistik Melayu.” Jurnal Bahasa, Jilid 5 No.4, hlm. 67-108.
Babbie, E. (2005). The Basic of Social Research. Third Edition. Belmont : Thomson
Wadsworth.
Bailey, K. D. (1984). Kaedah Penyelidikan Sosial . Terjemahan oleh Hashim Awang. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Paitoon M. Chaiyanara. (Mac 2004). “Teori Tatabahasa Leksikasus.” Jurnal Bahasa, Jilid 4
Bil. 1, hlm. 96-131.

Seale, C. et al, eds. (2004). Qualitative Research Practice. London : Sage Publications.
Seaman, J. (2008). “Adopting a Grounded Theory Approach to Cultural-Historical Research:
Conflicting Methodologies or Complementary Methods?” International Institute
Journal of Qualitative Methods, <http://ejournals.library.ualberta.ca/index.php/IJQM/issue/view/121> (dicapai 3 Ogos 2009)
http://www.analytictech.com/mb313/elements.htm [ dicapai pada 7 Ogos 2009]

http://www.cbdd.wsu.edu/edev/nettom_tot/resources/other/tom614/pege35.htm [7 Ogos 2009]


[1]Gay, LR, Geoffrey E.Mills, dan Peter Airasian. 2009 .Educational Research: Competencies for Analysis and Applications. Upper Saddle Rier &Columbus : Pearson Merill Prentice Hall. (Hal:462)
[2] John W. Creswell .2008. Planning a Mixed Methods Study. Department of Educational Psychology, University of Nebraska-Lincoln.
[3] http://www.southalabama.edu/bset/johnson/lectures/lec14.htm. 03 Ogos 2009.
[4] Gay, LR, Geoffrey E.Mills, dan Peter Airasian. 2009 . (Hal:462)
[5] Bryman, Qualitative Research, 2006.
[6] Ibid.
[7] Gay, LR, Geoffrey E.Mills, dan Peter Airasian. 2009 . (Hal:466)
[8] Ibid. (Hal:466)
[9] Ibid. (Hal. 463)
[10] Ibid. (Hal. 463)
[11] Ibid (Hal. 463)
[12] Gay, LR, Geoffrey E.Mills, dan Peter Airasian. 2009 .Educational Research: Competencies for Analysis and Applications. Upper Saddle Rier &Columbus : Pearson Merill Prentice Hall. (Hal:466)
[13] Ibid. (Hal. 467)
[14] Ibid (Hal. 468)
[15] Nor Hashimah Jalaludin et.al. 2004. Penguasaan Bahasa Melayu oleh Pelajar Melayu dalam Arus Globalisasi dlm Jurnal Bahasa Jld 4 Bil. 1 Mac 2004. DBP. (Hal. 63-95)
[16] Neuman, W. Lawrence.2006. Social Research Methods: Qualitative and Quantitative Aproaches. Pearson International Edition. USA. (13-14)


[17] Ian Dey, ‘Grounded Theory’ dalam Qualitative Research Practice, Clive Seale et al, eds.(London : Sage Publication, 2004) hlm. 80
[18] ibid.,
[19] Kenneth D. Bailey, Kaedah Penyelidikan Sosial, terjemahan oleh Hashim Awang, (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984) hlm. 81
[20] ibid.,
[21] Ian Dey, ‘Grounded Theory’ dalam Qualitative Research Practice, Clive Seale, eds. hlm. 80
[22] Earl Babbie, The Basic of Social Research, Third Edition, (Belmont : Thomsan Wadswort, 2005), hlm. 304
[23] Jayson Seaman, “Adopting a Grounded Theory Approach to Cultural-Historical Research : Conflicting Methodologies or Complementary Methods?”, International Institute Qualitative Methodology University of Alberta, 7 (1) 2008, <http://www. http://ejournals.library.ualberta.ca/index.php/IJQM/issue /view/121> hlm. 3 [ dicapai pada 3 Ogos 2009]
[24] Ibid.,
[25] http://www.analytictech.com/mb313/elements.htm [ dicapai pada 7 Ogos 2009]
[26] http://www.cbdd.wsu.edu/edev/nettom_tot/resources/other/tom614/pege35.htm [dicapai pada 7 Ogos 2009]
[27] Awang Sariyan, ‘Persoalan epistemologi dalam disiplin linguistic dan relavansinya dengan linguistik Melayu’, Jurnal Bahasa’, Jurnal Bahasa, Jilid 5 No.4 (2005), 67-108, hlm. 67
[28] ibid.,
[29] Kenneth D.Bailey, Kaedah Penyelidikan Sosial, terjemahan oleh Hashim Awang, hlm. 87
[30] Paitoon M. Chaiyanara, ‘ Teori Tatabahasa Leksikasus’ Jurnal Bahasa, Jilid 4 Bil. 1 (Mac 2004), 96-131, hlm. 98
[31] Jayson Seaman, ‘ Adopting a Grounded Theory Approach to Cultural- Historical Research : Conflicting Methodolgies or Complementary Methods?,’ hlm. 13.
[32] ibid.,
[33] ibid., hlm. 11
[34] ibid.,
[35] Janet Anderson, “ Well-suited partners : psychoanalytic research and grounded theory” , Journal of Child Psychotherapy, (2006), Vol. 32 No.3, hlm. 330, Punca : Ebscohost [online]
[36] ibid., hlm. 331

Wednesday, July 22, 2009

Kaedah Kajian Lapangan

Menurut Neuman, W. Lawrence.2006. Social Research Methods: Qualitative and Quantitative Aproaches. Pearson International Edition. USA. (378)Kajian Lapangan (KL) : pengkaji terlibat secara langsung dalam penyelidikan / pemerhatian yang dilakukan, dalam skala kecil di persekitaran yang berlangsung seperti kebiasaan.
Interaksi yang berlaku adalah secara semulajadi / natural dan bukan diada-adakan.
Pengkaji berhubung dengan bercakap dan memerhatikan orang / kumpulan yang dikaji.
Contoh kajian di barat : kajian tentang gelandangan, kaki judi profesional, bilik kecemasan, skuad polis dll.
Terarah mengkaji tentang kumpulan sosial yang kurang dikenali atau tidak menjadi tumpuan ramai.
Situasi yang dihadapi pengkaji :
mengambil masa yang lama – berbulan-bulan, bertahun-tahun.
kaji tentang sejarah hidup, hobi, minat, habit/kebiasaan, harapan, ketakutan / impian
Jumpa golongan/kumpulan/orang baru, membina persahabatan & meneroka dunia sosial yang baru – agak menyeronokkan
Kebiasaannya mengundang kepada pelbagai keadaan seperti kekangan masa, tekanan perasaan dan keadaan fizikal yang berbahaya.
Perkara yang timbul dalam kajian lapangan:
1. How do people do Y in the social world?
Bagaimana manusia membuat perkara Y dalam kehidupan sosial mereka?
2. What is the social world of X like?
Apa yang disukai oleh kumpulan sosial X itu?
Aspek yang dikaji:
1. struktur / susunan sosial
2. Aspek kehidupan sosial
3. Cabang-cabang budaya
Kajian lapangan yang berjaya biasanya melibatkan kajian dalam tempoh yang singkat, dalam skala kecil ( pusat jagaan haiwan, kedai dobi, restoran dll)

“ Field method is more like umbrella of activity beneath which any tecnichque may be used for gaining the desire knowledge, and for processes of thinking about this information”

Field research or ethnography (sometimes also called participant observation) involves present-time face-to-face interaction in a setting,which can be anything from a bus stop to a casino to a small town.
The field researcher enters and spends a certain amount of time interacting and observing in the setting—more time in larger and more complex settings such as the small town, less time in smaller and less complex settings such as the bus stop (the casino is in the middle; one might go there at least once a week for a few months). Sumber:http://www.roxbury.net/qualitative.html

Satu cara mendapatkan data linguistik untuk mengkaji fenomena linguistik.
Melibatkan dua pihak : penutur sesuatu bahasa (informan) dan pengkaji linguistik
Dilakukan secara perhubungan peribadi (seboleh mungkin)
Sumber: William J. Samarin.(1993:1).Linguistik Lapangan. Kuala Lumpur.DBP .
Anatomi Kajian Lapangan
1. Mengadakan konseptualisasi.
2. Menentukan tempat penyelidikan.
3. Mendapatkan maklumat latar.
4. Membuat persediaan ke lapangan.
5. Memasuki tempat penyelidikan.
6. Memilih informan atau subjek.
7. Mengumpulkan data.
8. Mengolah dan mentafsir data.
9. Menyemak data.
10. Membuat analisis.
11. Menulis hasil kajian
Sumber: Asmah Hj Omar (2001&2008 : 37-44) Kaedah Penyelidikan Bahasa di Lapangan (Edisi 1 & 2).DBP

Definisi Kaedah Penyelidikan Kualitatif

Pendekatan kualitatif adalah penyelidikan yang menggunakan analisis data bagi menyelidik ciri-ciri yang ada pada gejala yang diselidiki, dengan setiap ciri yang ditemui akan dipastikan kewujudannya dan dihuraikan sama ada jarang atau sering ditemui; ia juga adalah koleksi, analisis, dan tafsiran cerita komprehensif dan data visual untuk mendapat gambaran tentang satu fenomena tertentu menggunakan kaedah-kaedah kajian kualitatif didasarkan kepercayaan yang berlainan dan direka bentuk untuk tujuan berbeza daripada kaedah-kaedah kajian kuantitatif. (Asmah Hj. Omar 2008:34-35. Gay, LR, Geoffrey E.Mills,& Peter Airasian. 2009:8. Neuman, W. Lawrence.2006:15-19)