Sunday, January 18, 2009

HMT504: Bandingkan Pembentukan Kata Nama dan Pengenalpastian Kata Nama

HMT504
MORFOLOGI & SINTAKSIS BAHASA MELAYU LANJUTAN
(DR. RADIAH YUSOFF)

NORLIZA BT ABDDUL KADIR
PHM0125/08

TUGASAN MINGGUAN : MAKSUD KATA NAMA

1. Tatabahasa Dewan (Bab 6 ,ms 95-141)
Kata Nama ialah perkataan yang boleh menjadi unsure inti bagi binaan frasa nama, dan lazimnya perkataan demikian menamakan orang, haiwan, tempat, benda atau konsep.
Penggolongan kata nama:

Kata nama - kata nama khas
- kata nama am
- kata ganti nama

Sumber: Nik Safiah Karim .Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur, 2008.

2. Kamus Dewan (ms 684)
Kata nama merupakan kata yang merujuk kepada orang, tempat atau benda.

Sumber : Kamus Dewan Edisi Keempat. Sidang Editor. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur, 2005


3. Tatabahasa PintasPKSR Tahun 2 (ms 1)
Kata Nama digunakan untuk merujuk kepada manusia, benda, haiwan, tempat dan tumbuhan.

Sumber : Zul Azmi Saad.Tatabahasa Pintas PKSR Tahun 2. Info Didik Sdn Bhd: Petaling Jaya, Selangor, 2001.

4. Revisi Merit UPSR Bahasa Malaysia (ms 54)
Kata Nama ialah kata yang merujuk kepada orang, binatang, benda, tempat,dan sebagainya.
Kata nama terbahagi kepada : kata nama am, kata nama khas, kata ganti nama, kata bilangan
Benda yang bernyawa – namusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan
Benda yang tidak bernyawa – benda, tempat
Sumber : Saleh Ahmad. Revisi Merit UPSR Bahasa Malaysia. Sasbadi Sdn Bhd: Petaling Jaya,2002.



Morfologi (2007) - Perkataan & Kata Nama


1.Apabila kita mengunakan istilah perkataan, yang kita maksudkan ialah bentuk perkataan yang diujarkan dalam sesuatu bahasa. (1)
2.Bentuk ujaran itu kemudiannya dituliskan dengan menggunakan lambang-lambang yang lazim dalam bahasa tersebut. (1)
3.Yang kita maksudkan dengan bentuk perkataan itu pula ialah struktur perkataan tersebut dalam bentuk ejaan yang biasa digunakan sehari-harian. (1)
4.Kata nama diterbitkan menggunakan semua proses penerbitan perkattan, iaitu pengimbuhan, penggandaan, pemajmukan dan pengakroniman (58)



Abdullah Hassan (2006) Morfologi. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.



Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) - Perkataan & Kata Nama
1. Dalam buku ini, perkataan digolongkan berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria semantik kerana penggolongan yang sedemikian didapati lebih selaras dengan status perkataan sebagai satu bentuk bebas yang menjadi unsur dalam binaan sintaksis, iaitu frasa, klausa, dan ayat. (81)
...[P]erkataan dari sudut binaan sintaksis ialah bentuk bebas yang minimum yang boleh menjadi unsur bagi setiap konstruksi sintaksis, iaitu ayat, klausa, dan frasa.


2. Kata Nama ialah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa nama, dan lazimnya perkataan demikian menamakan orang, haiwan, tempat, benda, atau konsep. (95)


3. Golongan kata nama boleh dikelompokkan berdasarkan ciri-ciri makna perkataan kepada tiga kumpulan, iaitu (i) kata nama khas, (ii) kata nama am, dan (iii) kata ganti nama. (96)



Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood (2008) Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.



Cara Pembentukan Kata Nama



Cara Pengenalpastian Kata Nama


1. Takrifan, contohnya (i) "Kata nama ialah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa nama, dan lazimnya perkataan demikian menamakan orang, haiwan, tempat, benda, atau konsep" (Nik Safiah Karim et al, 2008: 95; Tallerman, 1998: 30). (ii) “Kata nama menyatakan nama bagi benda, binatang, tempat dan konsep khusus”(Sulaiman Masri et al, 2007:19)
2.Ujian Morfologi dengan melihat corak-corak ulangan dalam pembentukan perkataan, khususnya dalam penggunaan imbuhan / afiksasi, contohnya ke-...-an kerana "Apitan ke-...-an bergabung dengan kata dasar untuk membentuk kta nama yang bersifat abstrak" (Nik Safiah Karim et al, 2008: 130 ) dalam (i) “Bagi menyokong aktiviti promosi kesihatan Bahagian Promosi Kesihatan telah menerbitkan pelbagai jenis media promosi kesihatan.” (..http://www.google.com.my/search?hl=en&q=kesihatan&btnG=Google+Search&meta= ) (ii) “Kemajuan Kegiatan PNPM Mandiri Perdesaan Per Desember 2008 termasuk di dalamnya ... Kemajuan Kegiatan PNPM-PPK Per Juli 2008 termasuk di dalamnya kemajuan .” (http://www.google.com.my/search?hl=en&q=kemajuan&start=20&sa=N)

3.Ujian Peranan / Fungsian dengan melihat peranan atau fungsi sintaksis sesuatu kata dalam sesebuah binaan, contohnya sebagai subjek dalam ayat (i) Menurut Siti, dia mula rapat dengan Datuk Khalid semenjak sekembalinya dari ... Datuk Khalid pula berkata dia terpikat pada Siti kerana Siti ... (http://www.google.com.my/search?hl=en&q=Datuk+Khalid&btnG=Search&meta=) (ii) menurut naskah Wangsakerta merupakan kerajaan yang berdiri menggantikan kerajaan Tarumanagara. Kerajaan Sunda didirikan oleh ... http://www.google.com.my/search?hl=en&q=Kerajaan&btnG=Search&meta=

4.Ujian Penggantian dengan memperlihatkan bahawa suatu kata hanya boleh digantikan dengan suatu kata dari kelas yang sama, contohnya “Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah”
Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah”
Jamil menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah”
Dia menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah”
Ke menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah”
(http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0131&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_01.htm)

5.Ujian Penyebaran dengan melihat kewujudan sesuatu kata dengan unsur lain dalam sesebuah binaan, contohnya kata nama wujud sebelum kata penentu / determiner 'Tabung itu dilancarkan Ketua Bahagian Umno Petaling Jaya Datuk Ikhwan Salim Sujak bagi mengumpul dana untuk membantu rakyat Palestin dalam tempoh dua minggu sebelum diserahkan kepada Aman Malaysia yang akan menghantar pasukannya ke Gaza." (http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=383510) dan tidak "*Menabung itu dilancarkan Ketua Bahagian Umno Petaling Jaya Datuk Ikhwan Salim Sujak bagi mengumpul dana untuk membantu rakyat Palestin dalam tempoh dua minggu sebelum diserahkan kepada Aman Malaysia yang akan menghantar pasukannya ke Gaza."

No comments:

Post a Comment