Monday, January 19, 2009

Ulasan Artikel : Analisis Penggunaan Determiner

Berdasarkan artikel yang dibaca, penulis membentangkan perbandingan penggunaan determiner atau kata penentu (Abdullah Hassan 1993:54) antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh sekumpulan pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM, mereka dapati terdapat perbezaan penggunaan determiner di antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Determiner dalam Bahasa Inggeris terdapat pecahannya iaitu 'articles'(a, the), 'demonstrative ( this, that, these, those) 'Possessives '(my, your, his, her, our, their, its) dan 'quantifiers'(many, one, some, much). Manakala dalam Bahasa Melayu pula , determiner agak terhad iaitu 'itu' dan 'ini'
Beberapa contoh diberikan sebagai perbandingan penggunaan determiner antara kedua-dua bahasa ini. Berikut antara contoh yang diberikan berdasarkan Nik Safiah Karim (1995:9-15):

Ibu itu.
(KN + Determiner:Demonstrative)
That mother
(Det:dem +Noun)

Pelanggan saya Puan Chong
(KN + Det: Possessive)
My client is Mrs Chong.
(Det:pos +noun)

Contoh berdasarkan Awang Sariyan (1988 : 81 & 88):
Beberapa orang anak muda kami
(Det:Num + Classifier+ Compound Noun +Det:Pos)

Hasil kajian yang dilakukan oleh kumpulan pengkaji ini, didapati daripada 826 sampel menggunakan determiner dalam penulisan mereka , sebanyak 175 atau 21% telah dikesan salah penggunaannya. Ini mungkin akibat pengaruh bahasa ibunda terutamanya dalam Bahasa Melayu.

No comments:

Post a Comment