Wednesday, January 14, 2009

TextsSTAT : Cuba Try Test Langkah Ini

Pengalaman menggunakan Perisian TextSTAT.

Berdasarkan penerangan yang detail oleh Dr. Radiah, agak mudah untuk difahami.

Berikut adalah langkah-langkah yang saya ikuti dan lakukan:

Langkah 1

Buka Folder baru, dan namakan.

Di dalam folder tersebut, buka fail Notepad( Text Dokumen) dan namakan. Saya menamakan sebagai 'BHrencana1.txt'.



Langkah 2

Cari maklumat dari mana-nama sumber yang diingini, terutamanya laman web yang berbentuk penulisan rencana dan sebagainya. Saya memilih untuk menggunakan Laman web Berita Harian, bahagian rencana.



Langkah 3

Pilih rencana yang diingini, highligt, copy dan tempelkan di Text Dokumen/ Notepad.

Ulang langkah yang sama jika inginkan lebih rencana / maklumat yang diigini.



Langkah 4

Seterusnya, buka folder TextSTAT, cari paparan Corpus, klik 'new corpus', seterusnya 'add local file' dan masukkan fail ''BHrencana1.txt' yang disimpan di folder awal tadi.



Langkah 5

Fail 'BHrencana1.txt' seterusnya disimpan dalam corpus sebagai ''BHrencana1.crp' .

Jangan lupa 'save corpus' selepas selesai langkah di atas.



Langkah 6

Semak di bahagian 'corpus', pastikan ada fail ''BHrencana1.txt' yang telah disimpan tadi .



Langkah 7

Semak di bahagian 'Word Forms', klik 'sort on frequency', seterusnya tekan 'frequency list'. Pastikan ada paparan di dalamnya. Sekiranya tiada paparan, semak sekali lagi nama fail dan pastikan menggunakan fail yang mengandungi 'txt'.

Langkah 8
Buka pula 'concordance', dan taipkan perkataan yang diingini dan 'search'.

Langkah 9
Untuk dimasukkan ke dalam MS Excel, klik Export > frequency list > MS Excel.

Langkah 10
Saya berjaya menghasilkan korpus sendiri......

No comments:

Post a Comment