Wednesday, January 14, 2009

Pengalaman Menggunakan TextSTAT

Assalamualaikum w.b.t.

Sepanjang menjadi pelajar sarjana sepenuh masa dan menghadiri kelas HMT504 dibimbing oleh Dr. Radiah, sangat mengujakan kerana saya belajar banyak perkara baru. Antaranya termasuklah mewujudkan blog sendiri, menggunakan perisian TextSTAT.

Menyentuh tentang penggunaan TextSTAT, pengalaman pertama saya agak teruji apabila proses memuat turunnya begitu lambat, mungkin kerana talian Broadband Celcom saya agak kurang liputannya, maka lambatlah juga 'download'nya. Namun berjaya juga akhirnya memuat turun perisian tersebut.

Semasa hendak membuka dan mencubanya pula, agak 'slow' . Almaklumlah, saya ni tak lah pantas sangat dalam ICT ni, setakat cukup makan je. Namun, dengan bantuan rakan-rakan terutama Dr. Radiah yang begitu 'helpfull', saya berjaya juga membuka dan menggunakannya. Sedikit sebanyak pengalaman menggunakan perisian korpus "WSMITH" dapat diaplikasikan.

Semoga langkah-langkah yang saya berikan di dalam blog ini dapat juga digunakan oleh orang lain dan diharapkan anda berjaya membukanya.

Saya amat bersyukur kerana sepanjang hampir sebulan mengikuti kelas HMT504 di bawah bimbingan Dr. Radiah, banyak sudah ilmu baru yang saya peroleh. Semoga saya akan berjaya menamatkan kelas ini dengan sukses. Amin.

No comments:

Post a Comment