Saturday, January 31, 2009

TAKRIFAN KATA NAMA

a) The Grammar Book: An ESL / EFL Teacher's Course, Second Edition.
The notional, or semantic, definition of a noun is ... the name of a person, place, or a thing. some linguists add "or idea' to account for abstract nouns .... (15)
... [N]ouns have endings or derivational morphems that formally indaticate that a word is a noun .... They also have grammatical morhemes or inflections for plural and possessive. (15-16)
In terms of their position, they are frequently preceded by determiners.... (16)
... [N]ouns serve functionally as subject of verbs. They can also ... be:
direct object of verbs: Dia menyiram Labu.
subject of noun predicates: Kita pelajar.
object of noun predicates: Mereka melantik Obama presiden.
indirect object of verbs: Obama memberikan Amerika harapan.
appositives: Taiping, bandar tertua di Taiping dalam sejarah koloni Inggeris di Perak, mempunyai taman tasik terindah di Malaysia.;)
objects of prepositions: Taman Tasik Taiping terletak di Taiping.;)
vocatives: Baik aku beritahu engkau, sahabatku, kelas ini mengarut. (16, contoh telah diubahsuai)
Celce Murcia, Marianne & Diane Larsen-Freeman (1999) The Grammar Book: An ESL / EFL Teacher's Course, Second Edition. United States of America: Heinle & Heinle Publishers.

b) Kitab Permulaan Mengarang
Yang dikatakan perkataan iaitu tiap-tiap sebutan. Atau bunyi yang yang mendatangkan makna .... Itu ada kalanya yang mengandungi satu bunyi .... (5)
Ibrahim Hj Abdul Salam (1995). Kitab Permulaan Mengarang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia. [versi jawi]


c) Bahasa Melayu I(2008) - Perkataan & Kata Nama2

Perkataan ialah unit bebas yang mengandungi makna dan dapat berdiri sendiri. (132)
Kata nama ialah perkataan yang dapat menerbitkan frasa nama. (151)
Kata nama menjadi unsur inti dalam binaan frasa nama, manakala perkataan lain yang hadi dalam binaan frasa nama itu hanya sebagai penentu atau penerang. (151)
Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu I. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd.

d) Pengenalan Sintaksis dan Semantik Bahasa Melayu (2002) - Perkataan & Kata Nama
Kata nama boleh dikenal pasti atas ciri-ciri berikut: Ia boleh diikuti penerang belakang yang terdiri daripada kata penentu ..., kata sifat ..., atau klausa relatif yang .... (24)
Ia juga boleh didahului penerang hadapan yang terdiri daripda kata bilangan atau ukuran dengan disertai (atau tanpa disertai) kata pendjodoh bilangannya .... (23-24)
Kata nama boleh menjadi pelengkap kepada kata preposisi dalam frasa preposisi .... (24)
Dalam ayat, kata nama boleh berfungsi sebagai subjek, komplemen atau komplemen objek. (25)
Mukhlis Abu Bakar (2002) Pengantar Sintaksis dan Semantik Bahasa Melayu. Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd.

e) Morfologi (2007) - Perkataan & Kata Nama
Apabila kita mengunakan istilah perkataan, yang kita maksudkan ialah bentuk perkataan yang diujarkan dalam sesuatu bahasa. (1)
Bentuk ujaran itu kemudiannya dituliskan dengan menggunakan lambang-lambang yang lazim dalam bahasa tersebut. (1)
Yang kita maksudkan dengan bentuk perkataan itu pula ialah struktur perkataan tersebut dalam bentuk ejaan yang biasa digunakan sehari-harian. (1)
Kata nama diterbitkan menggunakan semua proses penerbitan perkattan, iaitu pengimbuhan, penggandaan, pemajmukan dan pengakroniman (58)
Abdullah Hassan (2006) Morfologi. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

f) Linguistik Melayu Edisi Kedua (2007) - Perkataan & Kata Nama
Kata dalam bahasa Melayu boleh dikelompokkan atau digolongkan ke dalam empat golongan utama, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata sendi nama. (65)
Empat golongan ini dianggap utama kerana bilangannya yang besan dan sentiasa bertambah bilangannya dari semasa ke semasa. (65)
Kata nama merujuk kepada benda ..., tempat ..., manusia ..., dan binatang .... (65)
Kata nama boleh [dibahagikan] kepada empat jenis, iaitu kata nama am, kata nama khas, dan kata ganti nama. (65)
Dari segi fungsi, kata nama boleh berfungsi sebagai subjek dan objek dalam ayat. (65)
Zulkifley Hamid, Ramli Md. Salleh, Rahim Aman (penyunting) (2007) Linguistik Melayu Edisi Kedua. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

g) Nahu Melayu Mutakhir edisi keempat (1993) - Perkataan & Kata Nama
Kata boleh dimasukkan ke dalam golongan tertentu berdasarkan ciri sintagmatik dan pradigmatiknya. (20)
Kata nama adalah subgolongan kta benda yang boleh berfungsi pada Subjek dan Objek ayat. (27)
Dari segi makna, kata nama dala kata yang merjuka kepada sesuatu, baik yang bernyawa atau tak bernyawa, konkrit atau abstrak. (27)
Asmah Hj. Omar (1993) Nahu Melayu Mutakhir Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

h) Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) - Perkataan & Kata Nama
Dalam buku ini, perkataan digolongkan berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria semantik kerana penggolongan yang sedemikian didapati lebih selaras dengan status perkataan sebagai satu bentuk bebas yang menjadi unsur dalam binaan sintaksis, iaitu frasa, klausa, dan ayat. (81)
...[P]erkataan dari sudut binaan sintaksis ialah bentuk bebas yang minimum yang boleh menjadi unsur bagi setiap konstruksi sintaksis, iaitu ayat, klausa, dan frasa.
Kata Nama ialah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa nama, dan lazimnya perkataan demikian menamakan orang, haiwan, tempat, benda, atau konsep. (95)
Golongan kata nama boleh dikelompokkan berdasarkan ciri-ciri makna perkataan kepada tiga kumpulan, iaitu (i) kata nama khas, (ii) kata nama am, dan (iii) kata ganti nama. (96)
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood (2008) Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

No comments:

Post a Comment